Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Al-Quran

Hari ini secara rasmi ramai yang dapat cuti sempena Nuzul Al-Quran. Sangat seronok dapat cuti..Tahukah kita apa itu Nuzul Al-Quran. Mari baca sambil menikmati cuti anda:


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 


Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran


Al-Quran bermaksud bacaan atau himpunan. Terhimpunan ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, muamalat,sains, teknologi dan sebagainya. Betapa terserlah kehebatan Al-Quran ini bila dikaji. 


Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada  Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. 
'Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk)

2 comments:

  1. kat sini tak cuti..hehe

    betul tu, Al-Quran memang kitab yg hebat..hanya org yg tiada akal saja yg mempertikaikannya

    ReplyDelete
  2. Hehe..bes cuti. Yeay!!!
    Pandai membaca sudah bgus...tp jika di amalkan brtmbh bgus

    ReplyDelete