Sunday, July 31, 2011

I Love Kemeja!!

Bila hati ni dh berniat untuk shopping, mmg abis lah fulus dlm poket ni di kerjakan. Mata meliar je tgk brg-brg. Dah name pun pompuan xsah kalau xshoping. Bagi ak yg kurg bershoping ni (yelah tu) bila nk shoping mmg beratus2 la skali kua. Sabo jelah (^_^).
Dalam byk2 barang tu apa yg diri ku berkenan sgt...
ermm..it is KEMEJA! yes kemeja yg di cari. Bukan 1 je beli bahkan lebih dari 1.hehe

Mula2 nampak sehelai kemeja ni cun, so dh pilih p la bayar. Jalan punye jalan jumpa lagi cun..aishh..xbley jadi ni. kua lagi la kertas2 berwarna dlm purse ni. Dah name pn shoping pusing 1 mall la. Nampak lagi la kemeja..mls nk pk ape dah, amk lagi. Mmg cool la kemeja2 ni. argghhh..love to wear kemeja.

Gambar hiasan semata-mata


From my opinion la,kemeja2 yg cun n kemas design nye byk kt Theory,Padini,Applemint and Chic Avenue. A lots lagi yg cun. Kene keep on searching ;)
Tak pelah kte habiskan sket duit untuk beli pakaian ni asalkan kta selesa and menutup aurat which leads to keyakinan diri. ok!

Monday, July 25, 2011

Nape Datang Balik

Macam horror sgt je bile ckp dtg balik. Just like "Kak Limah Datang Balik",hohoho..
Point here nak ckp bout sakit kaki lenguh and kebas. After almost 2 weeks mkn ubat n jumpe doc n p urut lagi stil not fully recovered. Thats normal la sakit mana yg cepat sgt nk baik melainkan PATIENT.

Stay at lab,dok kt kerusi lab..mmg xbley dok lame la jdi lenguh je. Nak jalan jauh apatah lagi. Mmg tahan jelah sakit sorg2.hehehee..Sbnrnya nak p jumpa doc pun ketaq tu yang x pergi xray sampai sekarang (^_~)
Bukan apa ni dah boleh jalan kire dah ok normal la tulang ni. Memandangkan sakit kaki xbaek2 jugak akan ku pergi jumpa doc lagi.huhu

Its ok..my mom said. Eat ubat and pray to Allah to give good health. Think positively...

PEACE

Friday, July 22, 2011

Kebas Kaki Sakit Pinggang

Nak angkat brg berat pn dh xbley o pernh terjtuh dulu o terlalu aktif..mungkin masalah ni akan terjadi..masalah sakit kaki rasa seperti kebas,menyucuk-nyucuk dan sampai tahap susah nak berjalan, Bila dikaji balik bes jugk blaja biologi ni blaja pasal our body. Jadi mungkin ini dapat membantu ;)

Ape sebabnya?
Nak tao ape terjadi bacalah ini

http://cyberclinics.org/artikel-cyberclinics/bidang-pembedahan-surgery/133-sakit-pinggang-dan-kebas-kaki

Hope dpat tmembantu diri dan rakan2 yang mengalami mslh ini. 

The first wealth is health-Ralph Waldo Emerson



Tuesday, July 19, 2011

Hasrat Mama Tercapai. Hoyeay!

Aku rasa sangat berbakti kpd mama tersayang.Yelah kan mama abah dh jaga kte dari kecik lagi..Ni lah time nye kte nk membalas jasa mereka dengan ape yg kte mampu sedikit demi sedikit. Berbekal kan duit scholar yg mencurah2 masuk.hehe..Aku menghadiahkan mama sebuah peti ais sebijik.
Mana x nye dah lame mama tggu nk beli,,tapi slalu kene belanja kn duit kt anak2 dye ni hah. Ok la last skali dpt gk. Tengok2 skarg xtao nk letak brg ape plak dlm peti ais bru. Dah ada 2 peti ais ni lagi xdk brg nk isi kt peti ais baru.haha.
Peti ais yg canggih mmg syok tgk n guna. Complete la krenye..yg lagi canggih ni lagi besar mau hrga pn lagi besar. Jadi kte pilih mne yg bersesuaian jelah ng keperluan rumah shaja. Most of peti ais skarang lebih jimat tenaga. Kte cari yg ada cop 5star. Yg tu mmg cekap tenaga la yg disarankan oleh KETTHA (Kementerian Tenaga Hijau dan Air). Fungsi anti bacteria n always fresh mmg penting pd skarg ni. Sumenye menggunakan konsep nano.

Mama enjoy ur new Peti Ais ;)

Friday, July 15, 2011

Senyuman Dalam Kesakitan

Assalamualaikum..lme xbg salam rasenye dalam blog ni..hehe


Doa dan tawakal selapas berusaha adalah cara untuk kte sentiasa mengingati Allah ats ape yg terjadi kpd dr manusia. Bukak tb ada tazkirah jumaat..Bila di hayati mmg kene tepat pada masanye atas perbincangan ustaz tersebut untuk diriku. Sabar adalah kunci untuk pemulihan sesuatu perkara atau masalah yg melanda kite.


kesakitan yg dialami mungkin disebabkan Tuhan ingin mengampuni umatNya itu atau bg golongan beriman untuk meningkatkan darjatnya lg atau memperoleh pahala.. Kita sbg hamba Allah mmg ptt bersedia m'hadapi ujian dr Nya. Mcm ni la senang cte..bile kte drve kt highway tetbe ada tol. then kte tao yg kene keluarkan smart tag ke duit ke nk byr tol. Sbb itu sudah mmg ditentukan ada tol. Mcm kte jugk perlulah bersedia m'hadapi kesakitan dan ujian kerana mmg itu adalah sunnatullah.


 Apabila kita memperkatakan sunnatullah iaitu satu sistem dan peraturan yang ditentukan oleh Allah Taala buat manusia di dunia ini, ia tidak akan berubah dan tidak ada siapa yang boleh merubahnya sejak Allah Taala wujudkannya hinggalah sampai bila-bila.


SENYUMlah pengubat sakit..boleh membuatkan org di sekeliling gembira. Kemaafan perlu dipinta sebelum terlambat ;)

Wednesday, July 13, 2011

Muka Kaunter Pertanyaan Betulla

Evening everyone (^_~)


Arini aku seorg lagi untuk jlnkan aktiviti harian. Perkara biasala tu dtg2 lab xdk org..Dengan bangga nye ak bley wat lab tu jadi hak ak.hahaha
Yang pelik nye asal ak jalan sowg2 je,msti ade je org nk tnye jalan la, tnye tmpat ni kt mne tmpat tu kt mne..ermm...agk nye muka ak ni kaunter pertnyaan kot. Rase cm muka ni dh abis blur je.hihi


Tapi xkesah pun 2 sume sbb kte dpt tolong org len secara x langsng.. Mane yg ak bg direction tu betul kire ok la..yg xbetul tu wat2 betul jelah.hahaha.


Aritu lagi bes,sedap2 ak jalan bley plak dtg la org negro kot tnye jalan. Alamak kene speaking la plak (mampuih). Dengan selamba ak men belasah je speaking. Kompem grammar tunggang langgang. 


or lg senang balas cm dlm iklan tu
"Go straight don't belok2"
n wat muka yg amat BLUR...hee


ermmmm.....
Jom tgk MALAYSIA vs ARSENAL mlm yok!!!!
PEACE 

Sunday, July 10, 2011

Alhamdulillah SYukur Ke Hadrat Illahi

Allah s.w.t yang telah memberikan rezeki supaya kita sentiasa bersyukur akan nikmatNya. Aku sangat bersyukur dgn rezeki yg melimpah ruah dariNya. Tetapi kte jgn la terlalu alpa dengan kesenangan ini dan beringat untuk beriman kepadaNya. Setiap manusia itu telah Allah tetapkan rezekinya samada lambat atau cepat je. Yang lambat tu mengajar kita untuk lebih bersabar. Allah sentiasa akn memberi ujian yg kita mampu lalui.


“Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)


Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada Allah adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.
Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak  di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)


Antara amalan yg boleh kita lalukan ialah dgn membaca surah al-Waqiah setiap mlm. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca surah ‘al-Waaqiah’ tidak akan jadi miskin selama-lamanya.”

Saturday, July 9, 2011

Wafflestop vs Remy vs Ladda Land

Berjalan sekitar Alamanda bersama kakngah yg sentiasa melyn adiknye ni.hehe :) Adiknye pun melyn jugk kakaknye nk tgk wayang. Maka tgk la cte Ladda Land (thailand punye cte). Cite hantu yg sedih n touchng je tgk. Hantu,, seram jugk tp lg feeling bile cte ni kesah pasal family yg ada problem among each others. Ramai nangis kot dlm wayg tu dari menjerit.hahaha. Before tu kteowg nk p melantak la dulu isi perut yg kosong ni. Jalan punye jalan, ada plak nk promote Dashing and Enchanteur products. As duta of Dashing, Remy Ishak turun la ke Alamanda. Yang ni 1st time tgk Remy (^_^) 



Ok sambung lagi citenye nk cakap pasal Wafflestop..waffle yg ada aiskrim yg menarik atasnye. byk jenis topping di sediakan. Tgk gmbr pn dh terliur. Rase sedap la. Thanks Kakngah melanje.hehe. 

Located at Alamanda
Yummy...Look delicious
Pekena coconut shake jugk tu ;)

Dat nite begerak la ak balik ke rumah ku tercinta to meet mama n abah. yeay!

Friday, July 1, 2011

Awesome TRANSFORMERS 3: Dark Of The Moon


Tiket cepat je sold out untuk cte box office mcm ni. Jom la layan cte transformers ni. Dgr2 mcm gempak je kali rugi je xtgk awal2 ni. Saya n labmate tetbe je pagi2 lg dh p tgk wayang. Nasib bek our supervisor xdk kt lab.hoho. Overall ape yg bley dikatakan dalam Transformers 3 ni just one word. AWESOME! Apa yg menarik sgt cte kali ni,nak tao gk kn?? Meh nak cte sket mne yg sy bley cte ttg review dis story.

Ceritanya bermula apabila dahulu Apollo 11 telah landing di bulan dan astrounat tersebut menemui penemuan bru iaitu sebuah kapal yg besar,weird and dh rosak. Hanya 21minit saje untuk astrounat tersebut mengkaji kapal tersebut. Ini bermakna transformer telah lame wujud.
Autobots yg diketuai oleh Optimus Prime once again muncul in Transformer 3. Decepticons yg dulu nya pernah bermusuhan dgn Autobots dan kalah dlm Transformer 2 muncul untuk menentang sekali lagi. Kali ini melibatkan pergelutan ruang angkasa yg juga melibatkan pihak U.S dan Rusia. Agak complicated.huh. 
Ape yg ada nye dalam cte ni:

1- Sangat cool the new character jahat iaitu Shockwave. Mmg gerun la tgk skali shockwave ni lilit bangunan. Ia dikatakan pemimpin Cybertron. CGI dalam cte ni pn mmg hebat la tambahan dgn action transformers ini berlawan. Mmg xkedip mata la tgk dgn soundnye lagi bile asyk bertukar je dari kete cun ke transformers ni. Recommended x tgk yg 3D punye coz sgt byk action yg bley pening tgk dgn nk tgk subtitle lg.hehe

2- Adegan yg pelik bile dalam bangunan yg dh senget nk runtuh, Sam Witwicky and her new gf Carly dgn geng laen bergelut disebabkan Shockwave menyerang. Tang ni byk action tp sume watak selamat plak and xcedera langsung. Mmg hebat la kononnye.hoho

3- Adegan pelik lagi Carly (Victoria’s Secret supermodel Rosie Huntington-Whiteley) menggantikan Megan Fox apabila dalam semua pergelutan bley plak maintain cun je rambut pn xserabai langsung. Mmg promote jd model betulla. Maybe Megan Fox berlakon lgi bes kot. 

After balik dr wayang naek kete nak balik,rase takut je sbb bygkan sume kete2 ni bertukar plak kang. Mmg xbley lari la nanti bley sakit jantung kot. Bile tgk lori lagi la gerun kang jadi Optimus Prime.haha. Nway, bes la cte ni. Jgn xtgk k~


PEACE!!